----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Langit jadi gelap. Suram. Asyra makin gelisah . Dipandang ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat sesiapa yang boleh membantunya .
'Hurm . Macam takde orang je boleh tolong'. Asyra mengeluh kecil.
Dikeling jam berwarna silver di tangan . 'Dah 6 petang. Ya Allah, datangkan seseorang kepadaku.', doa Asyra dengan penuh mengharap. Dia mencari lagi siapa-siapa yang lalu di di kawasan itu, namun hampa . Asyra menutup mata rapat. Ditarik nafas perlahan.
"Okay . Kali ni mesti ada yang datang dan lalu sini. Mesti ada. ", . Dia cuba berfikiran positif. Dipejam mata sekali lagi. Menanti penuh debaran. Duganya kali ini pasti ada insan yang dihantar Allah untuk membantunya .
"One, two , three............", Asyra buka kelopak matanya perlahan-lahan dan kemudian, .....
Sekujur tubuh muncul di hadapannya .
"Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah . ", bisiknya kegembiraan sambil tangannya menekup muka tanda bersyukur. Beg sandang yang diletakkan di atas tempat duduk si situ terus dicapai dan disarungkan ke tubuh. Bersedia untuk menegur si gerangan yang muncul di hadapan pandangannya.

"Assalamualaikum. Can i help you?", suara garau itu memecah masuk ke gegendang telinga Asyra . Asyra terpaku . Matanya tidak berkelip memandang wajah itu . Hidung mancung dan muka agak cerah. Bukan melayu mungkin, tapi yang pastinya dia Islam kerana sapaannya didahului dengan salam.
'Astaghfirullah hal azim.', desisnya setelah tersedar dari lamunan. Asyra menguntum senyuman.
"Waalaikumussalam. Yes, i need your help. Boleh tolong hantar saya pergi kolej tak? Sebab saya tertinggal van . ", ujar Asyra meluahkan kegelisahan yang merajai dirinya sebentar tadi.
"Oh. you student ke? Kenapa sorang-sorang je ni? Buat apa kat sini?", soal lelaki itu ingin tahu .
"Ehm, actually tadi saya pergi shopping dengan member. Tapi, entah macam mana kami terpisah . Then, diorang semua dah balik . Tinggal lah saya terkontang-kanting sorang-sorang kat sini. ".
Lelaki itu tergelak kecil . Terserlah lesung pipit di pipinya . Asyra diam . Cuba menafsir maksud gelak lelaki tadi . 'Lucu ke statement aku tadi? Rasanya aku tak cakap apa-apa yang salah pun.'
"Kenapa gelak?", soal Asyra tidak puas hati.
"Awak ni kelakar. Takpelah . Jom, naik kereta saya . Saya hantar awak pergi kolej."
Tanpa membuang masa, Asyra membontoti lelaki itu hingga ke pintu kereta . Lelaki itu tolong bukakan pintu kereta untuk Asyra, kemudian barulah dia masuk dan duduk di seat pemandu .

"Hmm?".
"Mudahnya awak percayakan orang . Awak tak kenal siapa saya . Macam mana kalau saya ni orang jahat?".
Asyra tergamam . Dalam waktu yang kritikal seperti ini, dia langsung tidak terfikir akan bahaya dan perkara yang negatif yang mungkin boleh berlaku ke atas dirinya . Yang dia cuma tahu, dia mahu balik ke kolej sebelum maghrib.
"Hello? Lama termenung.", usik lelaki itu lagi sambil mengukirkan senyuman .
Asyra menarik nafas dalam-dalam. Ditenung ke kiri tingkap sambil melihat pemandangan sepanjang perjalanan . Tidak tahu bagaimana untuk menyusun kata-kata bagi menjawab soalan itu.
"Awak tak jawab lagi soalan saya . ".
"Sebabb, .. dalam keadaan yang cuak macam ni, saya dah tak sempat nak fikir pasal semua tu . Yang penting saya nak sampai ke kolej.".
"Kalau saya jahat macam mana?", duga lelaki itu lagi. Sengaja mahu memerangkap Asyra dalam soalan yang merimaskan . Asyra hembus nafas perlahan . Bosan dengan soalan -soalan yang membebankan fikirannya .
"Saya yakin dengan Allah . Dan saya bertawakkal kepadaNya . ".
***
"Terima kasih tumpangkan saya . Hanya Allah sahaja yang boleh balas jasa baik awak", ucap Asyra kepada lelaki itu sebelum beredar dari kereta .
Lelaki itu pandang Asyra . Kali ini mata mereka bertentang . Namun, Asyra cepat-cepat mengalih matanya . Dia tidak mahu tenggelam dalam pandangan lelaki .
"Okay. Nama awak apa ye? Course apa?".
"Ehm. Saya Asyra, course sains biologi."
"Ouh. Part one kan. Saya pun student sini . Saya course fizik . Nah, ni nombor saya . Lain kali kalau tersesat lagi dan tak tahu nak naik apa untuk pulang ke kolej, awak contact nombor ni. Faham?", nada suaranya seperti gaya seorang abang bercakap dengan adik. Asyra tersenyum. Dia mencapai kertas berisi nombor telefon itu . Digenggam erat di tangan .
"Okay. In shaa Allah . Terima kasih. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Lain kali keluar jangan jalan sorang-sorang lagi. Tempat ni tak selamat untuk perempuan cantik macam awak."
Telinganya seperti dapat menangkap satu dialog sewaktu dia keluar dari kereta itu . 'Ah, lupakan.'
***
"Besok ada kem remaja islam . Awak join tak?", soal Fara .
"Hurmm. In shaa Allah join kot.", balas Asyra ringkas. Matanya fokus pada lecture note di hadapannya . Sejak akhir-akhir ini Asyra asyik bersama dengan laptopnya sahaja untuk membaca slide lecture note sehingga kadang-kadang dia kurang meluangkan masa bersama dengan roomatenya .
Bukan kerana dia jenis ulat buku, tapi dia sudah serik dengan sejarah silam. Asyra tidak mahu pisang berbuah dua kali . Dahulu dia pernah gagal dalam hidupnya hanya kerana dia main-main dan tidak serius dalam pelajaran . Kali ini biarlah dia mencipta sejarah baru , dan dia tekad untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya lagi.

"Hye Aina.", sahut Asyra.
"You'ols . Nak tahu tak, tadi kan saya jumpa sorang mamat hensem . Perghhh, memang sangat hensem. Dah la hensem, pemurah dengan senyuman lagi. Islamik, hmm sape tak cair kan,", panjang lebar bicara Aina kali ini . Fara yang leka melayan laptop sudah mula turun dari katil. Dia seperti tertarik dengan cerita Aina . Tapi asyra tetap tidak berganjak dari mejanya .
"Pastu kan you'olss. Tadi buku saya terjatuh . Pastu dia tolong ambilkan . Siap senyum lagi. Hmm, so sweettt !!", cerita Aina lagi dengan penuh bersemangat .
"Really ?? Omaigodd. Sape lelaki tu? Budak course apa? Kenal-kenalkan la dia dengan kitorang.", soal Fara penuh teruja .
"Hmm, kalau tak silap budak fizik rasanya . Hahh, awak jangan gatal-gatal nak rampas dia dari saya . He's mine !", penuh bergaya sekali Aina bercerita . Asyra yang mendengar dari jauh hanya mampu tergelak sorang-sorang.
"Macam macam korang ni . Nak main cop cop lelaki pulak. ", Asyra mula bersuara.
"Haha . Sekali sekala, dua kali dapat pahala. Hahahahaha." Gelak Aina mula memenuhi segenap ruang.
"Erk., ada kaitan ek? Okay, whatever.......". Asyra meneruskan kerjanya . Buku di depan ditatapnya lama. Cuba fokus.
"Dengar cerita , besok dia pergi jugak kem remaja Islam tu. Hurmmm, tak sabar nak jumpa dia."
"Iyerr??? Wah, ada can la saya nak ngorat dia ek..", usik Fara .

"Ehhh, tak boleh tak boleh. Dia saya punya". Aina mula bertekak manja dengan Fara. Asyra menggelengkan kepala.
"Hurm, berebutlah. Nanti sape menang bagitau eh . Ingat nak kasi trofi sikit", ujar Asyra sekadar mengacah . Fara dan Aina memandang sesama sendiri. Mereka tergelak lagi . Kali ini lebih bingit.
***
Usai taklimat, Asyra, Fara dan Aina pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari. Mereka duduk di penjuru yang hujung dari orang lain kerana inginkan privasi.
"Saya ambilkan air, Fara awak pergi ambil nasi. Asyra awak jaga tempat duduk ni.", pesan Aina .
Bosan. Sementara menunggu Fara dan Aina datang membawa makanan, Asyra membuka telefon bimbit Samsung Galaxy Note miliknya . Sempat juga dia online dengan menggunakan wifi kolej . Sedang dia asyik online, tiba-tiba ada satu suara menyapa dia dari belakang.
"Hai Asyra . Sorang je?".
Asyra terkejut . Lantas dia berpaling ke belakang .
"Eh, awak .... Hurm,,...., tak lah. Ada kawan, tapi diorang ambilkan makanan.", balas Asyra sambil menguntumkan senyuman.
Lelaki itu juga turut tersenyum. "Hurmm. tak sangka kita jumpa lagi.".
Asyra memandang ke bawah . Bibirnya diketap rapat. Tidak tahu bagaimana mahu respon .
"Erkk, Asyra , nak tanya sikit boleh?".
"Iyer?", soal Asyra menunggu dengan penuh debaran . Kali ini entah apa jenis soalan pula yang akan ditanya . Mahu atau tidak, terpaksalah Asyra melayan sahaja kerenah lelaki ini selagi Aina dan Fara belum datang.
"Awak berminat tak nak jadi fasi untuk kem Syabab Muslim?".
Asyra diam , cuba berfikir sejenak. "Kem syabab muslim? ehm, kenapa tanya?".
"Sebab saya exco dakwah . Jadi, saya memang sedang mencari ahli-ahli berkelayakan untuk jadi fasi kem tu.", ulas lelaki itu tenang. Sesekali rambutnya diraup ke belakang .
"Ohh. Exco dakwah, means that awak ni MPP lah ek? ", rasa ingin tahu Asyra makin menggunung. Patutlah nampak berkempimpinan dan muka baik. Rupanya exco dakwah . 'Huh, macam mana aku boleh tak tahu yang dia ni MPP , haishhh.'
"Ye, saya MPP . ", jawab lelaki itu dengan penuh rendah diri .
"Tapi, kenapa saya? Saya tak layak kot.", balas Asyra sambil matanya memandang ke arah lain. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan lelaki itu . Sekali mata bertentang dia bimbang sekiranya dia hanyut dalam panahan mata lelaki . Cukup, cukuplah sekali imannya diduga.
"Jawab je dulu nak ke tak . Sebab kalau nak, saya nak awak isi borang sekarang jugak ."
"Hmmmm..., boleh je. ", lantas dihulurnya sehelai kertas untuk diisi tentang maklumat peribadi kepada Asyra. Asyra menerimanya dengan rasa serba salah .
'Perlu ke aku jadi fasi ni? Aishh, peliknya dia ni. Tiba-tiba je suruh orang jadi fasi',

"Eh, yang awak termenung ni kenapa? Makanan tu tak luak pun saya tengok,.", soal Aina kehairanan . Entah apalah yang difikirkan Asyra . Dari tadi dia diam , langsung tidak bersuara .
"Er, hmm. Tak ada apa-apa..", Asyra berlagak selamba . Dia mengukirkan senyuman , senyuman yang dibuat-buat sebenarnya .
"Kalau ada masalah cakap, jangan dipendam sorang-sorang."
Asyra menggeleng . Dia tiada daya untuk bercerita . Mahu dicerita juga tidak tahu bagaimana mahu dimulakan . Segalanya berlaku dalam sekelip mata . 'Ah! Buat apa runsing . Isi borang je pun, tu pun belum tentu lagi dapat jadi fasi.', Asyra memujuk hatinya sendiri .
"Betul . Tak ada apa-apa . Dah , jom makan cepat-cepat. Nanti terlewat pulak untuk aktiviti seterusnya."
***
To be continued~~
4 comments:
nice intro..tertnya-tnya next crita..:)
U in my bloglist
Hanif blog bloglist
Check It Out!!!!
Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha
Tujuan--senang saya blogwalking supaya tak hilang kawan blogger..hehehe
Terima kasih singgah ke blog saya
cool....salam kenal tuan blogger hehe
nice :)
Post a Comment